Saturday, December 31, 2011

satu.satu.duabelas..

tahun 2011 telah pergi..selamat datang taun 2012..
banyak benda telah berlaku sepanjang tahun 2011..semua perasaan ada..manis,pahit,masin,tawar..memang itu realiti kehidupan..xmungkin semuanya manis sahaja..kita semuanya dilahirkan sebagai khalifah dimuka bumi ini..sudah tentu akan diuji dengan berbagai2 dugaan daripadaNya...syukur ke hadrat ilahi..DIA masih lagi memberi peluang kepadaku untuk bernafas..aku tahu aku lalai..aku banyak menzalimi diri sendiri...

"Ya Allah,ampunkan dosaku.,suamiku,kedua ibubapaku dan mertuaku..ahli keluarga..kawan2 dan umat islam seluruh dunia ini..tambahkan bagiku dan keluargaku rezeki yang banyak lagi halal,iman yang benar,ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang elok,kecerdikan yang tinggi,hati yang bersih dan kejayaan yang besar..amin..."



perpisahan

perkara yang paling aku benci sekali ialah perpisahan...dan semestinya bagi ratu air mata seperti aku ni xakan kalah kalau masuk bab air mata ni..mungkin sebab aku ni terlampau sensitif kot.korang blh la cakap apa2 pun..tapi aku sayang family aku..adik beradik aku..aku ingat bila kakak ku pulang balik ke kg,ia adalah untuk selama2nya...bestnya bila berkumpul beramai2 adik beradik..tapi tak..kita manusia hanya mampu merancang..tapi tuhan yang menentukan..mungkin mereka lebih selesa berada di kuala lumpur daripada berada disini..mungkin disana rezeki mereka..kita mana tahu..tahun baru bermula dengan mood yang sedih..semoga Allah melindungi keluargaku dimana sahaja mereka berada..amin..


Friday, December 30, 2011

kemunting

kalau kat sini kami panggil buah kemunting.kat tempat lain xtahu la plak..buah ni pemes la kalau masa aku kecik2 dulu.berebut oi dgn budak2 lain n burung2..sebab isinya yang manis.kalau yang hitam tu mmg kompen manis.buah ni macam ala2 blueberry la kalau kat negara orang putih nun..huhuhu..dulu kalau 'hutan kecil' kat depan rmh mesti wajib la cari buah ni.itu duluuuuuuu...sekarang pokok tu dh xder. jarang nampak..sebab kena tebang nk buat rumah..ayah aku ada ambil dan tanam kat kawasan halaman rmh.tp ntah,rasanya tak sama macam yang dulu.mak aku cakap mungkin faktor benih.aku plak rasa,mungkin faktor baja kot?


ni aku ambil info dari http://www.melur.com;

Nama Tempatan:Kemunting
Nama Saintifik:Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk.
Nama Lain:Dunduok (kadazan dusun),Gangrenzi(cina),Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava,Isenberg bush, myrte-groseille,rose myrtle
Famili:Myrtacea
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Asal:

keterangan:

Merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia kemunting juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat.Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur.Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halur dan berwarna hijau pudar.Bunganya berwarna merah jambu, dengan lima kelopak. Ia mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarnamerah jambu dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm.Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga.Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, berwarna ungu gelap dengan isi yang manis dan berbau harum.Kemunting hidup subur dikawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin.Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa dijumpai hidup dikawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

kegunaan:

Di Malaysia, masyarakat kadazan dusun merebus akar kemunting untuk menjadikan air rebusannya sebagai penawar untuk muntah berdarah.Air rebusan ini (lebih kurang 150 ml)diminum tiga kali sehari selama tiga hari. Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem. Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam.





Sunday, December 25, 2011

IMPORTANT! 5 words Babies Use (Baby Language)



setiap ibu-ibu kena tahu bahasa bayi ni...eh,including ayah jugak la kan..nanti nk try dkt arissa.. ^_*

Wednesday, December 21, 2011

keputusan

15 yang lalu,aku pun rasa perasaan seperti ini jugak..gundah gulana..sejuk kaki dan tangan..
masuk toilet jangan cakap la..berpuluh2 kali..pelik.banyak plak air dalam tubuh aku hari itu..hehehe..
tp lepas dapat kptsn ilang semua perasaan tu.cuma kecewa jer la.kptsn cantek sangat.hahaha..
kita disini bukan nk bercerita pasal keputusan aku.tp kakak dan along.
kakak ~putri amirah solihin~anak kedua kepada kakak sulong aku.
along  ~ahmad fadzrul nizam~anak sulong kakak aku yg no 2
alhamdulillah,hasil usaha keras dan penat lelah mereka berbayar.along dapat  7A,kakak dapat 8A..tahniah kamu berdua..sekurang2nya blh mengubat luka(cheeewah...luka tu...^_*) teh dulu.terima kasih Ya Allah.. ^_^

Saturday, December 3, 2011

yellow...

apa sebenarnya punca jd yellow ni?perkara yang membuatkan bakal ibu dan ibu2 risau ialah baby kuning.arissa tak terkecuali.pun kena jugak kuning..aku ni bukan main pantang lagi tak makan junk food ni..tkt bb kuning la..tp nk buat macam mana kan,Allah yang tentukan semuanya....satu pengalaman yang paling tak best dan menyeksakan jiwa.kenapa?sebab bacaan kuning tinggi,gegirl kena masuk wad...dan dengan ibunya sekali lah join venture jgk...betapa tak bestnya masuk wad,takde satu pun gambar dalam wad aku amek.hahaha..arissa berusia 4hr rasanya bila check in kat hospital..5 hari kami menginap kat sana.. nanges tau ibu..T_T... mane tak nangisnya..dengan sakit jahit lagi...tubuh pun masih lemah lagi..semuanya kena urus sendiri..ingat lepas check out lepas bersalin tu kira tamat dh episod tdo di hospital..rupanya ada lagi..xshuker...xshuker...huhuhu..memang banyak la petua pemuda yang org bagi tuk hilangkan kuning bb.aku try n error semua..

pertama-rebusan air daun cermai dan daun belimbing buluh
air rebusan ni untuk mandikan baby..xngam arr dgn arissa..next day kena check in kat hospital..huhuhu

kedua-susu kambing
rasanya?waaaa..rasa cam susu la..ok jer.xder pun bau kambing.hahaha...
kesan?esoknya naik bacaan kuning arissa.fail2..aku plak satu mlm xdapat tdo.panas weyyy!!!!memang pasni taknak terlibat la dgn susu kambing ni..fuh..

ketiga-buah anggur hitam..
rasanya?ntah..arissa yg makan.aku xleh makan.hehehe
kesan?biasa2 jer..tukar2...next

keempat-herba cina
yang ni xleh rasa.sebab kena mandikan bb dgn air ni.akak aku beli kat kedai cina.lepas rebus,lap kat badan arissa.
kesan?biasa2 jer..next

kelima-pokok dukung anak
amik pokok dia.kecik jer.lumatkan dgn air,bagi bb minum
kesannya?ibu leh senyum2 sambil packing barang.yahooooooo...blh balik!alhamdulillah,turun bacaan kuning arissa..terima kasih kepada mertua abng aku yang bg petua ni..bila minum air pokok dukung anak ni,anak akan berak2.seterusnya mengeluarkan kuning2 yang terdapat dalam darah tu..

keenam-ubat hemopati
memang marveles la.next time,kalau sesaper ada anak kuning lg,cepat2 bg ubat hemopati ni.insyaAllah,anda takkan kecewa.

waaaa..banyak kan petuanya..tp sebenarnya atas keserasian dgn baby tu sendiri..ada jer yg ok lepas dimandikan dgn air rebusan daun cermai..

Friday, December 2, 2011

Doa Perlindungan Untuk Anak-anak

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:




"Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)."

-doa ni saya copy n paste dr doaharian.blogspot.com-

no title

aku sebenarnya buat blog ni untuk save resepi2 dari ma..dah banyak resepi yang aku salin dlm buku.kalau hilang buku tu mcm mana?xke naya aku?aku jgk yang rugi..best2 tu resepi dia.bagi aku,masakan ma yang paling terbaikkkkk la..dah namanya anak kan?mesti sokong mak dia...hehehe tapi ntah kenapa,xder masa lagi nk masukkan resepi dalam ni..petang lepas balik kerja terus melekat dgn arissa sampai ke paginya..tapi xpe.aku berazam nk masukkan jugak...kalau ada masa la. ^-*