Friday, December 30, 2011

kemunting

kalau kat sini kami panggil buah kemunting.kat tempat lain xtahu la plak..buah ni pemes la kalau masa aku kecik2 dulu.berebut oi dgn budak2 lain n burung2..sebab isinya yang manis.kalau yang hitam tu mmg kompen manis.buah ni macam ala2 blueberry la kalau kat negara orang putih nun..huhuhu..dulu kalau 'hutan kecil' kat depan rmh mesti wajib la cari buah ni.itu duluuuuuuu...sekarang pokok tu dh xder. jarang nampak..sebab kena tebang nk buat rumah..ayah aku ada ambil dan tanam kat kawasan halaman rmh.tp ntah,rasanya tak sama macam yang dulu.mak aku cakap mungkin faktor benih.aku plak rasa,mungkin faktor baja kot?


ni aku ambil info dari http://www.melur.com;

Nama Tempatan:Kemunting
Nama Saintifik:Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk.
Nama Lain:Dunduok (kadazan dusun),Gangrenzi(cina),Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava,Isenberg bush, myrte-groseille,rose myrtle
Famili:Myrtacea
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Asal:

keterangan:

Merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia kemunting juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat.Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur.Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halur dan berwarna hijau pudar.Bunganya berwarna merah jambu, dengan lima kelopak. Ia mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarnamerah jambu dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm.Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga.Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, berwarna ungu gelap dengan isi yang manis dan berbau harum.Kemunting hidup subur dikawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin.Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa dijumpai hidup dikawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

kegunaan:

Di Malaysia, masyarakat kadazan dusun merebus akar kemunting untuk menjadikan air rebusannya sebagai penawar untuk muntah berdarah.Air rebusan ini (lebih kurang 150 ml)diminum tiga kali sehari selama tiga hari. Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem. Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam.





No comments: